h1

Mengenali Trojan Horse

20/10/2008

:: Trojan Horse ::

 

Ia didefinasikan sebagai “aturcara pemecahan keselamatan (security-breaking) yang bersembunyi dalam aturcara yang lain, misalnya senarai alamat, fail mampat ataupun aturcara permainan”.

 

Ini bermaksud ia tidak akan wujud secara tunggal tetapi bersembunyi disebalik aturcara lain atau menggunakan cara lain untuk menyembunyikan matlamat utamanya.

 

:: Fungsi Trojan Horse ::

 

Setelah memasuki sistem, hacker lazimnya akan menggunakan Trojan Horse ini untuk mengawal komputer secara jarak jauh. Berikut merupakan beberapa fungsi yang mampu dilakukan oleh Trojan Horse :

 

  1. Fungsi pengendalian fail jarak jauh

Ia membolehkan hacker melaksanakan operasi pengendalian fail seperti memuat naik, memuat turun atau menyingkirkan fail setelah bersambung talian dengan komputer jarak jauh

 

  1. Memulakan perkhidmatan rangkaian yang biasa digunakan

Memasangkan perkhidmatan rangkaian yang biasa digunakan pada komputer jarak jauh supaya ia dapat membekalkan perkhidmatan bagi hacker ataupun pengguna tidak sah lain

 

  1. Fungsi pemantauan skrin jarak jauh

Memperolehi gambaran skrin dengan serta merta supaya hacker dapat memantau operasi yang sedang dilaksanakan oleh pengguna jarak jauh

 

  1. Mengawal komputer jarak jauh

Mengawal komputer jarak jauh menerusi perintah ataupun tetingkap pemantauan jarak jauh. Misalnya melaksanakan aturcara pada komputer jarak jauh, membuka fail ataupun menjalankan serangan terhadap komputer yang lain.

 

:: Hubungan dan Perbezaan antara Trojan Horse dan Virus ::

 

Samada anda sedari atau tidak, Trojan Horse dan virus adalah entiti yang berbeza. Perbezaannya adalah seperti berikut :

 

Bil

Trojan Horse

Virus

 1

Akan wujud dalam fail tunggal dan tidak akan menduplikasi secara sendiri

Ia menjangkiti fail dan menduplikasi secara sendiri

 2

Tidak akan menceroboh sesuatu komputer secara dinamik tetapi diletakkan ke dalam komputer mangsa oleh hacker sendiri

Biasanya menceroboh atau menyerang komputer lain secara dinamik menerusi rangkaian atau kaedah lain

 3

Menunggu sambungan talian hacker, kemudian hacker pula akan mengawal, mencuri fail dan memantau komputer tersebut

Tujuan utama adalah menceroboh sistem komputer tertentu dan merosakkan sistem

 

:: Apa Trojan Horse boleh lakukan pada komputer anda ? ::

 

  1. Mencuri Akaun dan Kata Laluan

·        Mencuri kata laluan akaun komputer induk

·        Mencuri kata laluan akaun bank

·        Mencuri kata laluan akaun rangkaian yang lain

 

  1. Pemantauan Jarak Jauh

·        Pintasan paparan skrin jarak jauh

·        Pengawalan desktop jarak jauh

 

  1. Membuka Perkhidmatan Yang Belum Dibenarkan

·        Menggunakan lebar jalur yang banyak

·        Mendedahkan maklumat yang sulit

·        Menjadi kambing hitam hacker

 

  1. Merosakkan Sistem

·        Menjejaskan pelaksanaan sistem atau aturcara yang stabil

·        Menyingkirkan fail atau merosakkan semua maklumat yang disimpan dalam cakera keras

 

 

2 comments

  1. ermm..in case kalau notebook kite kene serang by trojan horse, apa tindakan yg perlu kita ambil? adakah dengan kita scan notebook kita n then delete, adakah kita yakin benda tu x kan dtg balik??? confius ni, risau pun ada, takut kene serang…

    satu lagi, sy guna antivirus avira tapi kat AntiVir Guard dia dh ada perkataan ‘Service’..kat c2 dia suruh aktifkan antivirus anda…adakah notebook sy dalam keadaan selamat? apa tindakan yg perlu sy ambik??

    TQ…


    • Sebenarrnya, perisian berkaitan antispyware dapat bantu solve prob ni. Ada banyak perisian antispyware ni. Pergi sahaja ke download.comdan taipkan “spybot” atau “spyware”. Cuba pasang mana2 perisian yg hitsnya tinggi kerana ia melambangkan ramai org guna. Cth perisian lain adalah spywarestop.com



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: