MANUAL PANDUAN
PEMASANGAN LCD-NOTEBOOK

Kadang kala, kita menghadapi kesukaran memasang LCD projector. Masalah yang biasa berlaku adalah tiada paparan yang keluar pada LCD projector tersebut. Ada beberapa cara boleh dicuba untuk memastikan paparan LCD keluar. Antaranya adalah :

1. Penggunaan Kekunci Khas
2. Seting graphics properties
3. Seting resolusi paparan

PENGGUNAAN KEKUNCI KHAS

Jika kita perhatikan, pada papan kekunci notebook ada kekunci yang punyai lebih dari satu aksara (huruf, abjad, simbol). Sebagai contoh, Rajah 1 dan Rajah 2 menunjukkan kekunci khas yang dimaksudkan.

Button Fn
Button Fn

Rajah 1 : Kekunci Khas “Fn”

Button F5 dan F6
Button F5 dan F6

Rajah 2 : Kekunci Khas “Display to LCD” – F5 dan F6

1. On kan LCD projektor
2. Pastikan kabel VGA telah disambung antara “display out” notebook kepada “display in” LCD projector
3. Tekan kekunci Fn dan F5/F6 dengan serentak. Tunggu beberapa ketika. Paparan sepatutnya akan keluar di LCD projector anda jika tiada masalah lain

Nota : Apa yang membezakan antara Fn+F5 dan Fn+F6 adalah :
• Fn+F5 : Paparan akan kelihatan di kedua-dua monitor
(notebook dan LCD projector)
• Fn+F6 : Paparan hanya kelihatan di LCD projector SAHAJA
manakala paparan di skrin notebook adalah tiada
(gelap)

SETTING GRAPHICS PROPERTIES

Cara kedua ini selalunya membuahkan hasil walaupun ia agak teknikal.
1. Klik kanan pada taskbar grafik anda (Rajah 3)

Taskbar Grafik
Taskbar Grafik

2. Satu menu akan keluar (rupa bentuk bergantung jenis grafik adapter notebook anda. Cth ini adalah menggunakan Intel Graphics).
3. Pilih graphics options dan cari pilihan menu yang menawarkan “dual display” @ “display klon” dan pilihlah mana-mana menu yang ada untuk paparan LCD anda
4. Dalam beberapa Ketika, paparan seharusnya akan keluar.
5. Kadang kala, menu taskbar anda tidak menawarkan apa-apa untuk tujuan display LCD ini. Maka, klik kanan di mana-mana ruang kosong desktop anda
6. Pilih menu graphics properties…
7. Untuk kes notebook Acer yang menggunakan chipset grafik Intel, secara automatic satu menu yang menyatakan ia telah mengesan satu paparan baru akan keluar, multiple display (Rajah 4)
8. Aktifkan pilihan tersebut dan pilih Apply  OK
9. Jangan lupa untuk menekan display source pada remote LCD yang dibekalkan. Ia boleh jadi, Computer 1, Computer 2, Auto dan sebagainya. Semua ini bergantung kepada jenis LCD projector yang digunakan

Graphic Properties
Graphic Properties

Rajah 4 : Graphics Properties

SETTING RESOLUSI PAPARAN

Bagi sesetengah LCD model lama, isu resolusi paparan juga memungkinkan tiada keluarnya paparan pada LCD projector anda. Cara terbaik adalah dengan mengubah ketetapan paparan notebook anda.

1. Klik kanan di mana-mana ruang kosong desktop anda
2. Pilih Properties  Pilih Tab Settings dan ubah screen resolution anda kepada angka yang lebih rendah contohnya 800 x 600 atau 1024 x 768 dan sebagainya (Rajah 5)
3. Dalam beberapa Ketika, paparan seharusnya akan keluar

Display Properties
Display Properties

Rajah 5 : Setting Screen Resolution

Jika Semua langkah di atas telah dicuba, mungkin ada beberapa isu teknikal yang perlu diselesaikan. Bertanyalah kepada pakar IT atau system admin anda.

Advertisements