h1

Restore Sistem Menggunakan Ghost 2003

07/01/2008

:: Norton Ghost 2003 ::

Mungkin ramai yang jarang mendengar perisian ini. Walaubagaimanapun, secara asasnya perisian ini mampu memudahkan kerja bagi mereka yang sering menghadapi masalah gangguan sistem komputer. Kini anda tidak perlu lagi format pc, memasang driver dan memasang perisian-perisian utiliti untuk mendapatkan sebuah pc yang baik.

Secara ringkasnya, apa yang Norton Ghost 2003 (NG2003) boleh lakukan adalah “backup” sistem komputer anda ketika ia berada pada tahap paling optimum (prestasi mahupun anasir2 luar seperti virus dsb). Lazimnya, aktiviti “backup” menggunakan NG2003 dilakukan sebaik sahaja PC anda selesai diformat baru dan lengkap dengan pemasangan perisian utiliti yang diperlukan selain ia bebas daripada kemasukan virus. Mudah kata, jika berlaku sebarang kerosakan mahupun serangan virus pada sistem, anda akan kembali kepada situasi dimana PC anda seperti pertama kali format dan baru (proses “restore”).

:: Cara Restore Sistem Komputer Yang Bermasalah ::

Artikel ini menumpukan kepada cara membuat restore sistem sahaja. Anda diandaikan telah membuat proses backup terlebih dahulu. Kaedah yang diterangkan berikut boleh digunakan andainya anda masih boleh akses sistem operasi (Windows) secara normal. Jika tidak, artikel berikut boleh digunakan sebagai rujukan.

  1. Buka program Norton Ghost 2003 anda.
    01.jpg
  2. Satu paparan skrin seperti berikut akan muncul.
    02.jpg
  3. Klik menu “Restore” dan anda akan dibawa ke paparan berikut. Klik “Next”.
    03.jpg
  4. Seterusnya, anda perlu memilih fail imej (“backup”) yang telah anda buat sebelum ini. Cari lokasi fail imej anda dengan klik pada butang “browse”.
    04.jpg
  5. Jika sudah ditemui, klik butang “Open”.
    05.jpg
  6. Paparan berikut akan keluar. Seterusnya, klik “Next”.
    06.jpg
  7. Anda akan diminta memilih fail sumber (“Source”) dan destinasi.
    07.jpg
  8. Pilih fail sumber anda (Data) dan destinasi (Biasanya “C” kerana di sana fail sistem anda beroperasi). Klik “Next”.
    08.jpg
  9. Tandakan pilihan pada “Overwrite Windows” dan klik “Next”.
    09.jpg
  10. Skrin berikut akan keluar dan pilih “Next”.
    10.jpg
  11. Satu ringkasan apa yang Norton Ghost akan lakukan akan dipaparkan. Klik butang “Run Now” jika anda berpuas hati.
    11.jpg
  12. Akhirnya, satu dialog box seperti berikut akan keluar yang menyatakan sistem akan “reboot” bagi membolehkan proses “restore” dilakukan. Klik butang “OK”.
    12.jpg
  13. PC anda akan restart dan biarkan ia berlaku sendiri hingga selesai. Apabila selesai (100%), PC anda akan restart sekali lagi. Kali ini, apabila anda masuk kembali dalam Windows, kini PC anda berada dalam keadaan seperti pertama kali ia selepas diformat. Pastikan drive destinasi anda mempunyai ruang kosong yang cukup / besar. Jika tidak, proses “restore” akan gagal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: