h1

Panduan Menukar Dokumen Word ke pdf

09/12/2007

:: Pengenalan ::

Katakan anda mempunyai fail MSWord dan ingin menukarkannya dalam format pdf (portable document format), berikut merupakan antara cara paling klasik membuat proses pertukaran tersebut.

:: Manual Conversion ::

Artikel ini mengambil contoh cara penukaran menggunakan perisian Adobe Acrobat 5.0. Berikut merupakan perincian langkah penukaran :

  1. Install perisian Adobe Acrobat 5.0 ke dalam komputer anda.
  2. Buka fail MS Word yang anda mahu tukarkan formatnya.
  3. MSWord

  4. Klik File –> Print –>
  5. Satu dialog box print akan keluar. Pada bahagian Name, pilih “Acrobat Distriller”.
  6. Acrobat Distriller

  7. Andai kata anda telah membuat ketetapan (setting) pada fail MS Word anda tadi menggunakan kertas format A4 (Page Setup), maka ada baiknya anda membuat sedikit perubahan pada ketetapan pencetak “Acrobat distriller” agar kertas yang diguna juga dalam format A4. Tujuan utamanya adalah, hasil pdf nanti adalah sama seperti fail asal (MS Word) dari segi rupa bentuk dan format.
  8. Untuk itu, klik butang Properties –> Pilih Tab “Layout” –> Klik butang “Advanced” –> Pada bahagian “Paper Size” tukar “letter” kepada A4 –> OK –> OK –> OK
  9. Paper Setting

  10. Dialog box Save PDF File As akan keluar. Pilih lokasi fail pdf akan disimpan. Klik Save. Dalam masa beberapa minit, fail MS Word anda akan ditukar kepada format pdf.
  11. Save pdf File

  12. Tahniah ! Anda baru sahaja berjaya membuat penukaran fail MS Word kepada format pdf.

:: Fungsi Tambahan ::

Anda mungkin hanya berhasrat mahu berkongsi hasil penulisan (fail pdf ) anda dengan individu lain. Tetapi keaslian penulisan tersebut terhad kepada untuk tujuan bacaan SAHAJA. Dalam erti kata lain, anda mahu menghasilkan satu fail pdf yang hanya boleh dibaca dan ia tidak boleh disalin (copy) mahupun diubahsuai (edit) dengan tujuan mengelakkan karya anda diciplak. Berikut merupakan beberapa setting yang perlu dilakukan bagi mencapai tujuan tersebut :

  1. Buka fail pdf anda yang mahu dihadkan penggunaanya melalui perisian Adobe Acrobat.
  2. Klik Menu File –> Documents Security. Satu dialog box akan keluar. Untuk kali pertama, lazimnya Security Options adalah “No Security”
  3. Documents Security

  4. Klik pilihan pada Security Options dan pilih “Acrobat Standard Security”.
  5. Security Options

  6. Di sana ada beberapa pilihan security yang boleh dilakukan oleh pengguna.
  7. Buat pilihan mengikut kesesuaian anda. Dalam contoh ini, saya membenarkan orang ramai membaca fail pdf saya tetapi tidak benarkan ia diubahsuai dan disalin kecuali atas kebenaran saya (perlu dapatkan password daripada kita). Maka rajah berikut merupakan pilihan yang perlu saya lakukan.
  8. Setting Security

  9. Klik OK . Kemudian taip sekali lagi password yang dimasukkan awal tadi. Klik OK –> Close.
  10. Re-Enter Password

  11. Akhir sekali, klik butang Save atau File –> Save.
  12. Selesai ! Kini anda sudah berjaya menghasilkan fail pdf yang mempunyai ketetapan yang terhad untuk pengguna umum.

4 comments

  1. aku dah trai tp adobe tu xder ler mcm ner


    • Ada software yg sesuai bertindak sebagai printer maya. Namanya dopdf. Cara guna sangat mudah. Katakan anda membuat kerja dlm msword, then mahu cetak. Pilih printer dopdf dan automatik ia akan cetak dalam format pdf. Software tu boleh didownload di download.com


  2. adobe reader 7.0 takde Documents Security ke..harap jawab soalan saya yer


    • Reader hanya untuk baca fail dan ia diedarkan secara percuma. Kalau fail tu kita nak jadikan dalam format pdf kita perlukan software “Adobe Acrobat“. Tak kisah mana2 versi (7.0 atau 5.0) semuanya ada security options. Tujuannya kita hadkan kepada pembaca untuk buat apa pada dokumen kita (nak bg baca saja, nak bagi cetak saja, nak bagi baca dan cetak). Jadi, kena pastikan tidak silap antara “Adobe Acrobat Reader” dengan “Adobe Acrobat“. Satu bertindak sebagai pembaca manakala satu lagi sebagai pembaca dan pembuat dokumen. Tq



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: