h1

Ralat NTLDR is Missing

07/12/2007

Simptom Ralat

Berikut mungkin merupakan antara mesej ralat yang dipaparkan oleh skrin anda :

  • NTLDR is Missing
    Press any key to restart

  • Boot: Couldn’t find NTLDR
    Please insert another disk

  • NTLDR is missing
    Press Ctrl Alt Del to Restart

Punca Mesej Ralat Dipaparkan

Terdapat beberapa kemungkinan punca yang menyebabkan ralat ini keluar. Antaranya adalah :

  • Cakera keras baru (new hardisk drive) yang baru dipasang
  • Kerosakan pada “boot sector” / “master boot record (MBR)”
  • Fail NTLDR dan/atau NTDETECT.COM telah rosak (corrupt)
  • Kesilapan konfigurasi pada fail “boot.ini”

Ralat NTLDR

Penyelesaian

Cakera keras baru (new hardisk drive) yang baru dipasang

Pastikan cakera keras baru yang dipasang berada dalam keadaan kosong (blank). Memasang cakera keras baru ke dalam komputer yang telah sedia mengandungi Windows memungkinkan ralat NTLDR berlaku.

Kerosakan pada “boot sector” / “master boot record (MBR)”

Terdapat juga kemungkinan cakera keras komputer anda mengalami kerosakan (corrupt) pada bahagian boot (boot sector) dan/atau MBR. Untuk membaikinya, gunakan Microsoft Windows Recovery Console dan laksanakan arahan “fixboot” dan “fixmbr”.

Fail NTLDR dan/atau NTDETECT.COM telah rosak (corrupt)
Bagi pengguna Windows XP

  • Masukan CD bootable WinXP dalam komputer.
  • Apabila diminta menekan sebarang kekunci untuk boot daripada CD, tekan sahaja sebarang kekunci.
  • Dalam WinXP setup menu, tekan “R” untuk membuat pilihan “repair” windows.
    Log in dalam Windows Installation dengan menekan kekunci “1” diikuti kekunci enter.
  • Anda kemudian akan diminta memasukkan katalaluan admin. Tekan sahaja enter jika tiada kataluan yang ditetapkan kepada admin.
  • Salin 2 fail berikut ke dalam “root directory” (biasanya “C:”). Sebagai contoh, andai
    kata pemacu cd-rom anda adalah “E” gunakan arahan seperti berikut :

copy e:\i386\ntldr c:\
copy e:\i386\ntdetect.com c:\

  • Sebaik sahaja selesai membuat salinan ini, keluarkan CD daripada komputer dan reboot kembali komputer.

Kesilapan konfigurasi pada fail “boot.ini”

Fail “boot.ini” adalah fail yang digunakan oleh MS Windows sebagai kaedah untuk memaparkan menu sistem operasi semasa yang ada dalam sesebuah komputer dan membenarkan pengguna membuat pilihan sistem operasi yang akan digunakan.Cara paling mudah untuk selesaikan masalah ini adalah dengan membina (rebuild) kembali fail “boot.ini”.

Boot.ini
Berikut merupakan antara langkah yang boleh digunakan untuk rebuild kembali fail “boot.ini” :

  • Sebaik sahaja selesai membuat salinan ini, keluarkan CD daripada komputer dan reboot kembali komputer.
  • Masukan CD bootable WinXP dalam komputer.
  • Apabila diminta menekan sebarang kekunci untuk boot daripada CD, tekan sahaja sebarang kekunci.
  • Dalam WinXP setup menu, tekan “R” untuk membuat pilihan “repair” windows.
  • Log in dalam Windows Installation dengan menekan kekunci “1” diikuti kekunci enter.
  • Anda kemudian akan diminta memasukkan katalaluan admin. Tekan sahaja enter jika tiada kataluan yang ditetapkan kepada admin
  • Apabila berada di command prompt, taipkan arahan “bootcfg /rebuild” bagi memulakan proses rebuild.
  • Anda mungkin akan diminta mengenalpasti Windows yang dipasang. Tekan sahaja “Y”.
  • Load Identifier : masukkan sahaja nama windows anda. Cthnya MS Windows XP Home
  • OS Load Options : Taipkan arahan “/fastdetect”
  • Selesai sahaja proses pembinaan fail ini, taip “exit” dan reboot kembali komputer anda.

One comment

  1. kalau dengan windows vista macam mana ?
    notebook saya dah di install dengan windows vista, saya nak buat dual boot Vista dan XP(dalam partition berbeza)…
    namun selepas saya install XP(saya menjangkakan bootloader XP akan menyediakan pilihan boot kepada VIsta atau XP, tapi nampaknya ia tidak mengenali OS Vista)….
    sekarang hanya dapat boot XP sahaja, bila cuba boot Vista, dapat mesej ntldr is missing, press ctrl+al+del to restart…
    ada idea ?



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: