h1

Panduan Daftar Akaun Email

05/12/2007

:: Pengenalan ::

Memiliki akaun email pada masa kini adalah umpama satu keperluan. Secara logiknya, akaun email merujuk kepada alamat unik seseorang yang menentukan siapa tuan punya akaun tersebut. Jika dibuat perumpamaan, akaun email individu boleh disamakan dengan alamat rumah seseorang yang memastikan sesuatu kiriman/surat akan sampai kepada individu yang berkenaan sahaja.

:: Manual Ringkas Daftar Akaun Email ::

Sebagai contoh, kita akan mendaftar akaun gmail.

  1. Buka peluncur web (web browser) anda dan taipkan alamat berikut : http://mail.google.com/. Paparan berikut akan menandakan anda telah berada di laman web gmail.
  2. Oleh kerana anda adalah pengguna baru, klik pada pautan (link) “Sign Up for Gmail”. Jika anda pengguna berdaftar, masukkan username dan password pada bahagian atas dan klik “Sign In”.
  3. Rajah berikut merupakan mukasurat (page) penuh yang menghendaki anda masukkan segala maklumat diri untuk tujuan pendaftaran.
  4. Masukkan maklumat First name dan Last Name anda. Desired Login Name merujuk kepada nama samaran @ nama pena yang bakal digunakan. Pastikan anda menekan butang “Check Availability”. Tujuannya, oleh kerana pengenalan email adalah melalui keunikan identiti, maka butang ini akan memeriksa samada nama pena yang bakal anda guna sudah dimiliki @ digunakan oleh individu lain atau tidak. Jika ia telah digunakan, gambaran seperti berikut akan muncul.
  5. Jika nama pena (username) yang bakal digunakan tiada pemiliknya, maka rajah seperti berikut akan muncul.
  6. Masukkan katalaluan (password) yang anda mahu guna. bahagian Re-Enter Password menghendaki anda memasukkan sekali lagi password yang telah anda masukkan pada ruangan atas tadi. Password adalah amat penting. Elakkan berkongsi katalaluan bagi mengelakkan akaun email anda diceroboh.
  7. Security Question adalah satu soalan yang akan dikemukakan kepada anda andai kata anda terlupa password. Jika jawapannya betul, bermakna individu yang memohon dihantar password yang terlupa adalah orang yang benar (tuan punya yang betul). Pilih satu soalan. Dan masukkan jawapannya di bahagian answer.
  8. Jika anda telah mempunyai akaun email terdahulu, masukkan alamat email anda ke ruangan “Secondary Email”. Jika tiada, tinggalkan sahaja ia kosong.
  9. Pilih lokasi anda berada untuk bahagian “Location”
  10. Word Verification menghendaki anda memasukkan huruf @ abjad seperti mana anda nampak pada rajah
  11. Jika semua maklumat telah selesai, klik butang “I Accept. Create My Account”.
  12. Anda seterusnya akan dibawa ke paparan berikut. klik sahaja pada link “I’m ready – show me my account”.
  13. Tahniah ! Anda telah pun selesai mendaftar dan memiliki sebuah akaun email. mfadly07@gmail.com adalah alamat email anda.
  14. Bahagian inbox boleh diumpamakan kotak peti surat anda. Jika ada email baru masuk, maka bilangan kandungan inbox akan bertambah. Klik pada link kandungan email untuk membacanya.
  15. Jangan lupa “Sign Out” bagi mengelakkan daripada akaun anda dimasuki oleh orang lain.
  16. Jika anda mahu masuk kembali ke dalam email anda, masukkan username (mfadly07) dan password seperti yang telah didaftarkan dan klik butang Sign In. Jika gabungan username dan katalaluan anda betul, anda akan dapat masuk kembali dalam akaun email anda seperti rajah di atas tadi.
  17. Test

One comment

  1. Thanks for information.
    many interesting things
    Celpjefscylc



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: