:: Panduan Ringkas Memasang PC ::
Panduan berikut merupakan salinan daripada manual pemasangan yang dibekalkan oleh Gigabyte Motherboard apabila anda membeli papan induknya. Walaubagaimanapun, secara asasnya semua PC mempunyai cara pemasangan yang hampir sama. Mungkin berbeza sedikit dari segi struktur atau susunatur papan induk itu sahaja.
Berikut disertakan rajah-rajah ringkas yang melibatkan aktiviti pemasangan PC :
Posted in Teknikal | Tagged Gigabyte, Pasang komputer, Pasang PC, PC Installation | Leave a Comment »
:: Norton Ghost 2003 ::
Mungkin ramai yang jarang mendengar perisian ini. Walaubagaimanapun, secara asasnya perisian ini mampu memudahkan kerja bagi mereka yang sering menghadapi masalah gangguan sistem komputer. Kini anda tidak perlu lagi format pc, memasang driver dan memasang perisian-perisian utiliti untuk mendapatkan sebuah pc yang baik.
Secara ringkasnya, apa yang Norton Ghost 2003 (NG2003) boleh lakukan adalah “backup” sistem komputer anda ketika ia berada pada tahap paling optimum (prestasi mahupun anasir2 luar seperti virus dsb). Lazimnya, aktiviti “backup” menggunakan NG2003 dilakukan sebaik sahaja PC anda selesai diformat baru dan lengkap dengan pemasangan perisian utiliti yang diperlukan selain ia bebas daripada kemasukan virus. Mudah kata, jika berlaku sebarang kerosakan mahupun serangan virus pada sistem, anda akan kembali kepada situasi dimana PC anda seperti pertama kali format dan baru (proses “restore”).
:: Cara Restore Sistem Komputer Yang Bermasalah ::
Artikel ini menumpukan kepada cara membuat restore sistem sahaja. Anda diandaikan telah membuat proses backup terlebih dahulu. Kaedah yang diterangkan berikut boleh digunakan andainya anda masih boleh akses sistem operasi (Windows) secara normal. Jika tidak, artikel berikut boleh digunakan sebagai rujukan.
- Buka program Norton Ghost 2003 anda.

- Satu paparan skrin seperti berikut akan muncul.

- Klik menu “Restore” dan anda akan dibawa ke paparan berikut. Klik “Next”.

- Seterusnya, anda perlu memilih fail imej (“backup”) yang telah anda buat sebelum ini. Cari lokasi fail imej anda dengan klik pada butang “browse”.

- Jika sudah ditemui, klik butang “Open”.

- Paparan berikut akan keluar. Seterusnya, klik “Next”.

- Anda akan diminta memilih fail sumber (“Source”) dan destinasi.

- Pilih fail sumber anda (Data) dan destinasi (Biasanya “C” kerana di sana fail sistem anda beroperasi). Klik “Next”.

- Tandakan pilihan pada “Overwrite Windows” dan klik “Next”.

- Skrin berikut akan keluar dan pilih “Next”.

- Satu ringkasan apa yang Norton Ghost akan lakukan akan dipaparkan. Klik butang “Run Now” jika anda berpuas hati.

- Akhirnya, satu dialog box seperti berikut akan keluar yang menyatakan sistem akan “reboot” bagi membolehkan proses “restore” dilakukan. Klik butang “OK”.

- PC anda akan restart dan biarkan ia berlaku sendiri hingga selesai. Apabila selesai (100%), PC anda akan restart sekali lagi. Kali ini, apabila anda masuk kembali dalam Windows, kini PC anda berada dalam keadaan seperti pertama kali ia selepas diformat. Pastikan drive destinasi anda mempunyai ruang kosong yang cukup / besar. Jika tidak, proses “restore” akan gagal.
Posted in Aplikasi | Tagged 2003, backup, Norton Ghost, restore, system | Leave a Comment »
:: Pengenalan ::
Katakan anda mempunyai fail MSWord dan ingin menukarkannya dalam format pdf (portable document format), berikut merupakan antara cara paling klasik membuat proses pertukaran tersebut.
:: Manual Conversion ::
Artikel ini mengambil contoh cara penukaran menggunakan perisian Adobe Acrobat 5.0. Berikut merupakan perincian langkah penukaran :
- Install perisian Adobe Acrobat 5.0 ke dalam komputer anda.
- Buka fail MS Word yang anda mahu tukarkan formatnya.

- Klik File –> Print –>
- Satu dialog box print akan keluar. Pada bahagian Name, pilih “Acrobat Distriller”.

- Andai kata anda telah membuat ketetapan (setting) pada fail MS Word anda tadi menggunakan kertas format A4 (Page Setup), maka ada baiknya anda membuat sedikit perubahan pada ketetapan pencetak “Acrobat distriller” agar kertas yang diguna juga dalam format A4. Tujuan utamanya adalah, hasil pdf nanti adalah sama seperti fail asal (MS Word) dari segi rupa bentuk dan format.
- Untuk itu, klik butang Properties –> Pilih Tab “Layout” –> Klik butang “Advanced” –> Pada bahagian “Paper Size” tukar “letter” kepada A4 –> OK –> OK –> OK

- Dialog box Save PDF File As akan keluar. Pilih lokasi fail pdf akan disimpan. Klik Save. Dalam masa beberapa minit, fail MS Word anda akan ditukar kepada format pdf.

- Tahniah ! Anda baru sahaja berjaya membuat penukaran fail MS Word kepada format pdf.
:: Fungsi Tambahan ::
Anda mungkin hanya berhasrat mahu berkongsi hasil penulisan (fail pdf ) anda dengan individu lain. Tetapi keaslian penulisan tersebut terhad kepada untuk tujuan bacaan SAHAJA. Dalam erti kata lain, anda mahu menghasilkan satu fail pdf yang hanya boleh dibaca dan ia tidak boleh disalin (copy) mahupun diubahsuai (edit) dengan tujuan mengelakkan karya anda diciplak. Berikut merupakan beberapa setting yang perlu dilakukan bagi mencapai tujuan tersebut :
- Buka fail pdf anda yang mahu dihadkan penggunaanya melalui perisian Adobe Acrobat.
- Klik Menu File –> Documents Security. Satu dialog box akan keluar. Untuk kali pertama, lazimnya Security Options adalah “No Security”

- Klik pilihan pada Security Options dan pilih “Acrobat Standard Security”.

- Di sana ada beberapa pilihan security yang boleh dilakukan oleh pengguna.
- Buat pilihan mengikut kesesuaian anda. Dalam contoh ini, saya membenarkan orang ramai membaca fail pdf saya tetapi tidak benarkan ia diubahsuai dan disalin kecuali atas kebenaran saya (perlu dapatkan password daripada kita). Maka rajah berikut merupakan pilihan yang perlu saya lakukan.

- Klik OK . Kemudian taip sekali lagi password yang dimasukkan awal tadi. Klik OK –> Close.

- Akhir sekali, klik butang Save atau File –> Save.
- Selesai ! Kini anda sudah berjaya menghasilkan fail pdf yang mempunyai ketetapan yang terhad untuk pengguna umum.
Posted in Aplikasi | Tagged pdf Tukar format Word acrobat distriller | 4 Comments »