MANUAL PANDUAN
PEMASANGAN LCD-NOTEBOOK
Kadang kala, kita menghadapi kesukaran memasang LCD projector. Masalah yang biasa berlaku adalah tiada paparan yang keluar pada LCD projector tersebut. Ada beberapa cara boleh dicuba untuk memastikan paparan LCD keluar. Antaranya adalah :
1. Penggunaan Kekunci Khas
2. Seting graphics properties
3. Seting resolusi paparan
PENGGUNAAN KEKUNCI KHAS
Jika kita perhatikan, pada papan kekunci notebook ada kekunci yang punyai lebih dari satu aksara (huruf, abjad, simbol). Sebagai contoh, Rajah 1 dan Rajah 2 menunjukkan kekunci khas yang dimaksudkan.
Rajah 1 : Kekunci Khas “Fn”
Rajah 2 : Kekunci Khas “Display to LCD” – F5 dan F6
1. On kan LCD projektor
2. Pastikan kabel VGA telah disambung antara “display out” notebook kepada “display in” LCD projector
3. Tekan kekunci Fn dan F5/F6 dengan serentak. Tunggu beberapa ketika. Paparan sepatutnya akan keluar di LCD projector anda jika tiada masalah lain
Nota : Apa yang membezakan antara Fn+F5 dan Fn+F6 adalah :
• Fn+F5 : Paparan akan kelihatan di kedua-dua monitor
(notebook dan LCD projector)
• Fn+F6 : Paparan hanya kelihatan di LCD projector SAHAJA
manakala paparan di skrin notebook adalah tiada
(gelap)
SETTING GRAPHICS PROPERTIES
Cara kedua ini selalunya membuahkan hasil walaupun ia agak teknikal.
1. Klik kanan pada taskbar grafik anda (Rajah 3)
2. Satu menu akan keluar (rupa bentuk bergantung jenis grafik adapter notebook anda. Cth ini adalah menggunakan Intel Graphics).
3. Pilih graphics options dan cari pilihan menu yang menawarkan “dual display” @ “display klon” dan pilihlah mana-mana menu yang ada untuk paparan LCD anda
4. Dalam beberapa Ketika, paparan seharusnya akan keluar.
5. Kadang kala, menu taskbar anda tidak menawarkan apa-apa untuk tujuan display LCD ini. Maka, klik kanan di mana-mana ruang kosong desktop anda
6. Pilih menu graphics properties…
7. Untuk kes notebook Acer yang menggunakan chipset grafik Intel, secara automatic satu menu yang menyatakan ia telah mengesan satu paparan baru akan keluar, multiple display (Rajah 4)
8. Aktifkan pilihan tersebut dan pilih Apply OK
9. Jangan lupa untuk menekan display source pada remote LCD yang dibekalkan. Ia boleh jadi, Computer 1, Computer 2, Auto dan sebagainya. Semua ini bergantung kepada jenis LCD projector yang digunakan
Rajah 4 : Graphics Properties
SETTING RESOLUSI PAPARAN
Bagi sesetengah LCD model lama, isu resolusi paparan juga memungkinkan tiada keluarnya paparan pada LCD projector anda. Cara terbaik adalah dengan mengubah ketetapan paparan notebook anda.
1. Klik kanan di mana-mana ruang kosong desktop anda
2. Pilih Properties Pilih Tab Settings dan ubah screen resolution anda kepada angka yang lebih rendah contohnya 800 x 600 atau 1024 x 768 dan sebagainya (Rajah 5)
3. Dalam beberapa Ketika, paparan seharusnya akan keluar
Rajah 5 : Setting Screen Resolution
Jika Semua langkah di atas telah dicuba, mungkin ada beberapa isu teknikal yang perlu diselesaikan. Bertanyalah kepada pakar IT atau system admin anda.







en fadly…
back to basics…langkah2 yg pada pandangan saya mungkin anda tertinggal….
1. pastikan bekalan kuasa elektrik ke projektor
2. pastikan sambungan kabel VGA/DVi etc yang digunakan disambung dengan baik dan kabel berada dalam keadaan baik
3. sesetengah notebook mempunyai tetapan(setting) dalam BIOS untuk menghidupkan atau mematikan port paparan luar, jadi pastikan tetapan ini ditetapkan dengan betul…
bagaimanapun hanya no 1 sahaja boleh dilakukan pengguna kasual, no 2 dan no 3 saya berpendapat eloklah diselenggara/dipastikan oleh kakitangan IT yang bertauliah, jika kedapatan….
mungkin ada pandangan2 lain ? mungkin ada bahagian2 yang saya tertinggal, terlebih dsb….
terima kasih…