h1

Panduan Menggunakan Torrent

05/12/2007

:: Apa Itu Torrent ? ::

Bit torrent adalah sejenis protocol untuk file transfer. Bit torrent client adalah aplikasi yang menggunakan protocol tersebut. Bittorrent lazimnya digunakan untuk share dan download apa2 file yang dikehendaki. Bagi memulakan proses download sebarang fail menggunakan protokol bit torrent, maka anda memerlukan bittorent client (cthnya : uTorrent, Azureus, BitComet dsb)
:: Terminologi Dalam Torrent ::

  • Seeder = Seeder adalah user yang mempunyai file yang complete dlm pc nya tetapi tak semestinya seorang Uploader
  • Uploader = Orang yang upload torrent file ke web. Selalunya dia yang menjadi Seeder yang pertama.
  • Leecher = Orang yang tidak mempunyai file yang complete (juga dikenali sebagai PEER). Leecher akan download file dari seeder (dan juga akan upload .piece. file yg dia ada kepada peer/leecher lain yg tidak mempunyai piece tersebut)
  • Tracker = engine@script yang .keep track. sesiapa yang ada (seed/leech) apa dan piece file apa yang member tu ada.
  • Swarm = kumpulan computer yang terlibat dengan activiti satu torrent tertentu.
  • Ratio = Jumlah Total yang anda Upload/Total yang anda Download. Juga dipanggil stats.
  • Client = program/software yang digunakan untuk download Bit Torrent.

:: Panduan Penggunaan uTorrent ::

  1. Download bit torrent client (uTorrent) dari http://www.download.com/
  2. Pasang (Install) perisian uTorrent ke dalam pc anda. Jika berjaya, satu tetingkap “speed guide” akan muncul. Pada bahagian “connection type”, pilih jenis sambungan internet anda.
  3. Kemudian tekan butang “Use selected settings”.
  4. Katakan anda mahu memuat turun (download) cerita “naruto” menggunakan torrent. Maka, terlebih dahulu download fail “*.torrent” (saiz nya kecil sahaja, hanya bebrapa Kb). File .Torrent ini mengandungi informasi-informasi berkenaan dengan file yang dikongsi, berapa pieces file tersebut dipecahkan, dan tracker apa yang announce.
  5. Sebagai contoh untuk dapatkan fail torrent untuk cerita “naruto”, layari laman web berikut –> http://www.isohunt.com/
  6. Pada bahagian carian (search), taipkan “naruto” dan kemudian tekan butang Search.
  7. Jika mahu mendapatkan hasil download yang cepat, pastikan “S” (Seeder) lebih ramai daripada “L” (Leecher). Jika seeder ramai dan leecher kurang, kebarangkalian anda mendapat fail yang lengkap adalah lebih cepat.
  8. Klik pada “Torrent Tags, Name” yang anda berkenan. Paparan berikut akan muncul.
  9. Klik pada pautan (link) “Download .torrent”. Pilih lokasi di mana anda mahu simpan fail .torrent ini (katakan anda simpan dalam “My Documents”).
  10. Sekarang buka bit torrent client anda (uTorrent). Klik menu File –> Add torrent…
  11. Pilih fail .torrent yang telah anda simpan tadi (dalam My Documents). Klik Open
  12. Satu tetingkap “Add New Torrent” akan muncul. Ubah mana-mana ruangan yang berkenaan jika perlu. Biasanya ruangan “Save As” menentukan di mana fail yang telah selesai akan disimpan. Secara default nya, fail yang telah lengkap akan disimpan dalam folder “My Documents\downloads\nama_fail”. Kemudian klik sahaja butang OK.
  13. Tahniah… Anda telahpun berjaya memuat turun fail menggunakan torrent.
  14. Secara asasnya, gambarajah berikut menjelaskan beberapa term penting yang perlu anda tahu…

:: Ingatan Untuk Pengguna torrent ::

Oleh kerana torrent hidup atas dasar perkongsian fail, maka bagi meneruskan survival nya, anda digalakkan tidak memadamkan @ memindahkan fail yang anda telah lengkap download berserta fail torrent. Sekurang-kurangnya, ada sumbangan ada kepada pengguna lain yang memerlukan fail tersebut seperti anda memerlukannya dahulu. Elakkan pentingkan diri sendiri. Sekurang-kurangnya, biarlah ratio anda menjadi 1:1. Terima kasih.

About these ads

6 comments

  1. terimakasih untuk informasi terminologi torrent


    • sama2…


  2. makasih banget infonya, tapi ak tetap bingung hasil dari file itu,,,beda gak sma dengan kayak limeware..


  3. setelah siap download movie…tp bila nk play or nk main movie tu xbleh…guna mcm2 player pun xdpt…nape ye…tlgla..


    • samada fail tu corrupt atau fail video tu perlukan coder tertendu untuk buka. Cuba install K-Lite Codec atau Korean Media Player. Harap2 boleh buka fail tu. Selamat berjaya.


  4. wahhh… thank sebab bagi tau cara guna torrent ney…kalau tak sampai bila pun aku tak tau guna..hehe..



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: