h1

:: Semakan Panggilan Temu Duga Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) ::

06/12/2010

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Semakan Panggilan Temu Duga Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Jan 2011 boleh dibuat mulai pada 3 Disember 2010 (Jumaat) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia (Semak KPLI). Semakan juga boleh dibuat melalui SMS dengan menaip;

MOETDKPLINOKP dan hantar ke 15888
Contoh : MOE TDKPLI 820610115510 dan hantar ke 15888

h1

Mengenali Trojan Horse

20/10/2008

:: Trojan Horse ::

 

Ia didefinasikan sebagai “aturcara pemecahan keselamatan (security-breaking) yang bersembunyi dalam aturcara yang lain, misalnya senarai alamat, fail mampat ataupun aturcara permainan”.

 

Ini bermaksud ia tidak akan wujud secara tunggal tetapi bersembunyi disebalik aturcara lain atau menggunakan cara lain untuk menyembunyikan matlamat utamanya.

 

:: Fungsi Trojan Horse ::

 

Setelah memasuki sistem, hacker lazimnya akan menggunakan Trojan Horse ini untuk mengawal komputer secara jarak jauh. Berikut merupakan beberapa fungsi yang mampu dilakukan oleh Trojan Horse :

 

  1. Fungsi pengendalian fail jarak jauh

Ia membolehkan hacker melaksanakan operasi pengendalian fail seperti memuat naik, memuat turun atau menyingkirkan fail setelah bersambung talian dengan komputer jarak jauh

 

  1. Memulakan perkhidmatan rangkaian yang biasa digunakan

Memasangkan perkhidmatan rangkaian yang biasa digunakan pada komputer jarak jauh supaya ia dapat membekalkan perkhidmatan bagi hacker ataupun pengguna tidak sah lain

 

  1. Fungsi pemantauan skrin jarak jauh

Memperolehi gambaran skrin dengan serta merta supaya hacker dapat memantau operasi yang sedang dilaksanakan oleh pengguna jarak jauh

 

  1. Mengawal komputer jarak jauh

Mengawal komputer jarak jauh menerusi perintah ataupun tetingkap pemantauan jarak jauh. Misalnya melaksanakan aturcara pada komputer jarak jauh, membuka fail ataupun menjalankan serangan terhadap komputer yang lain.

 

:: Hubungan dan Perbezaan antara Trojan Horse dan Virus ::

 

Samada anda sedari atau tidak, Trojan Horse dan virus adalah entiti yang berbeza. Perbezaannya adalah seperti berikut :

 

Bil

Trojan Horse

Virus

 1

Akan wujud dalam fail tunggal dan tidak akan menduplikasi secara sendiri

Ia menjangkiti fail dan menduplikasi secara sendiri

 2

Tidak akan menceroboh sesuatu komputer secara dinamik tetapi diletakkan ke dalam komputer mangsa oleh hacker sendiri

Biasanya menceroboh atau menyerang komputer lain secara dinamik menerusi rangkaian atau kaedah lain

 3

Menunggu sambungan talian hacker, kemudian hacker pula akan mengawal, mencuri fail dan memantau komputer tersebut

Tujuan utama adalah menceroboh sistem komputer tertentu dan merosakkan sistem

 

:: Apa Trojan Horse boleh lakukan pada komputer anda ? ::

 

  1. Mencuri Akaun dan Kata Laluan

·        Mencuri kata laluan akaun komputer induk

·        Mencuri kata laluan akaun bank

·        Mencuri kata laluan akaun rangkaian yang lain

 

  1. Pemantauan Jarak Jauh

·        Pintasan paparan skrin jarak jauh

·        Pengawalan desktop jarak jauh

 

  1. Membuka Perkhidmatan Yang Belum Dibenarkan

·        Menggunakan lebar jalur yang banyak

·        Mendedahkan maklumat yang sulit

·        Menjadi kambing hitam hacker

 

  1. Merosakkan Sistem

·        Menjejaskan pelaksanaan sistem atau aturcara yang stabil

·        Menyingkirkan fail atau merosakkan semua maklumat yang disimpan dalam cakera keras

 

 

h1

Cara Memeriksa Alamat IP PC Anda

28/07/2008

Apa Itu Alamat IP ?

Alamat IP merujuk kepada alamat unik yang wujud pada setiap computer yang bersambung dengan internet. Setiap komputer yang bersambungan MESTI mempunyai alamat IP yang unik. Bermaksud, tidak mungkin akan ada 2 alamat IP yang sama apabila sesuatu sambungan berlaku. Kadangkala, bagi membolehkan pemantauan secara jauh dilakukan pada sesebuah komputer (remote desktop), alamat IP perlu diperolehi terlebih dahulu.

Langkah-Langkah Memeriksa Alamat IP

Klik Start –> All Programs –> Accessories –> Command Prompt

Start Command Prompt

Start Command Prompt

Skrin seperti berikut akan dipaparkan

Command Prompt

Command Prompt

Taipkan arahan “ipconfig” dan tekan Enter

Skrin seperti berikut akan dipaparkan

IPConfig

IPConfig

Berikut merupakan Alamat IP bagi PC anda

IP Address

IP Address

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.